Rahsia Sujud

sujud2

 

Soalan: Apakah rahsia di sebalik Rasulullah mengungkapkan rakaat dengan perkataan sujud?

Jawapan: Sujud merupakan amalan dalam solat yang paling menunjukkan ubudiyah kepada Allah. Ini kerana dalam sujud, terkandung salah satu makna ubudiyah iaitu ketundukan. Sujud dapat menundukkan dan sekaligus menjadikan hamba berasa hina. Manakala hakikat ibadah adalah kesempurnaan cinta kepada Allah yang disertai dengan kesempurnaan ketundukan kepada-Nya. Mana-mana jiwa yang berasa rendah dan hina kerana Allah, maka ia berhak mendapat rahmat. Perkara ini juga berdasarkan hadis tentang sujud yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Waktu seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah doa (ketika sujud).” (Riwayat Muslim)

Semoga Allah mengurniakan kepada kita perasaan cinta untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan amalan fardu dan sunat.

 

Jawapan oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman @ Dr Abu Anas Madani dalam slot 1 Hari 1 Sunnah, Majalah al-Ustaz keluaran ke-26.

Boleh mengikuti beliau di Facebook: https://www.facebook.com/AbuAnasMadani

 

Tinggalkan komen