Sepuluh Amalan Perisai Fitnah Dajal

1. Banyak berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan daripada fitnah Dajal.”

solat

2. Jangan sesekali meninggalkan solat fardu lima waktu kerana solat dapat menjauhkan kita dari melakukan perbuatan maksiat. Ia nampak remeh tetapi inilah yang selalunya diabaikan oleh masyarakat.

al-quran

3. Banyakkan membaca, memahami dan beramal dengan Al-Quran kerana ia benteng segala kemungkaran.

4. Berpegang teguh dengan Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w dalam setiap aspek kehidupan.

5. Jauhi perbuatan yang boleh menyebabkan hati mati seperti:

  • Membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil sehingga lupa untuk bertaubat.
  • Menjadikan maksiat sebagai cara hidup.
  • Bersahabat dengan golongan yang membenci Islam.
  • Menjauhi para ulama.
  • Bercakap perkara sia-sia.
  • Terlalu cintakan dunia sehingga melupakan akhirat.

6. Memperbanyakkan zikir tanpa mengira masa dan tempat.

7. Banyak mengingati mati.

Brunei_-_Masjid_Sultan_Omar_Ali_Saifuddin

8. Jadikan masjid dan surau sebagai ‘rumah kedua’.

9. Hiasi malam dengan qiamullail.

10. Sebarkan manfaat kepada orang lain sama ada dengan ilmu, sedekah, pertolongan dan sebagainya.

Dipetik dari artikel 10 Amalan Perisai Fitnah Dajal yang ditulis Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dalam Majalah al-Ustaz, keluaran ke-26.

Tinggalkan komen